welcome

BIRD

KATA-KATA HIKMAH

SELAGI ADA USAHA,KEJAYAAN PASTI DATANG.

.

MENU

Home | UTAMA | PROFIL SEKOLAH | TAKWIM 2015 | PENCAPAIAN SEKOLAH

Jumaat, 7 November 2014

PROGRAM BEBAS DENGGI


      APA ITU PENYAKIT DENGGI?

    Penyakit denggi adalah suatu penyakit berjangkit yang merbahaya yang boleh membawa maut kerana sehingga kini belum ada ubat untuk mengubati penyakit ini.
    Denggi biasa terjadi di kalangan orang dewasa dan kanak-kanak akibat dari gigitan nyamuk Aedes.
    Penyakit ini biasanya berlangsung selama 10 hari dan kadang-kadang memerlukan masa yang lama untuk sembuh sepenuhnya.
    Penyakit denggi kerap berlaku di kawasan bandar jika dibandingkan dengan luar bandar.



Pada 6 November telah diadakan Program Bebas Denggi oleh Jabatan Kesihatan Jasin.
Terdapat bebrapa pegawai kesihatan yang hadir memberi ceramah.Semua guri dan anak murid terlibat menjawakan program ini.







SEDIKIT FAKTA TENTANG DENGGI !!!

        JENIS-JENIS PENYAKIT DENGGI

    Terdapat 2 jenis penyakit denggi iaitu:

      a. Demam denggi klasikal.

      Pesakit menunjukkan gejala demam, ruam, sakit badan, sakit sendi dan sakit otot. Gejala penyakit ini biasanya tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian. Demam jenis ini juga pernah dinamakan 'demam patah tulang' atau 'breakbone fever'.

      b. Demam denggi berdarah.
      Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak terutama dalam lingkungan umur 2-13 tahun. Pada tahap awal (selama 2-4 hari) gejala yang dihidapi adalah sama seperti demam denggi klasikal dan diikuti oleh tahap yang lebih teruk dengan gejala seperti tekanan darah rendah, ruam dan bintik-bintik merah di badan, perdarahan gusi, berak berdarah (najis berwarna hitam) disertai dengan sawan dan tidak sedar diri. Ia sering menyebabkan kematian jika rawatan tidak diberikan dengan segera. Ia juga dipanggil sebagai 'demam berdarah Filipina'.





    RAWATAN


    Setakat ini tiada rawatan yang spesifik bagi membunuh virus denggi.

    1. Rawatan Demam Denggi Klasikal

    Rawatan yang diberi adalah untuk menstabilkan pesakit bergantung kepada keadaan pesakit iaitu:

      a. mengurangkan demam(suhu badan)
      b. mengelakkan dari perdarahan berlaku

    2. Rawatan Demam Denggi Berdarah

    a. Demam yang sangat panas, kehilangan selera makan dan muntah menyebabkan dehidrasi. Pesakit digalakkan supaya minum air lebih banyak.
    b. Demam yang sangat panas meningkatkan risiko terjadinya sawan, oleh itu demam patut dikawal dengan antipiretik.
    c. Pesakit juga diawasi supaya gejala perdarahan dan sawan dapat dikesan awal. Masa yang paling genting ialah pada hari ke 3 hingga hari ke 7.
    d. Pemberian aliran intravena perlu jika sekiranya kiraan hematokrit meningkat kerana ia menggambarkan darjah kehilangan plasma.

"MARI KITA BUDAYAKAN LINGKUNGAN BERSIH DAN SIHAT "

''UTAMAKAN KEBERSIHAN,BERSIH PANGKAL SIHAT 

Khamis, 6 November 2014

PROGRAM NILAM SJKT LADANG BUKIT ASAHAN

Pada 5 November 2014 telah diadakan PROGRAM NILAM bermula pada 4 November selama tiga hari.Terdapat beberapa aktiviti yang telah dijalankan bagi memeriahkan lagi suasana program tersebut.


Semua pelajar diminta berkumpul di dalam kelas.




Program ini dikendalikan oleh cikgu Kamal sebagai tulang belakang menjayakan sepanjang program ini.





Terdapat beberapa persembahan antara nya sajak , syair dan menyanyi





Barisan guru-guru SJKT Ladang Bukit Asahan




Guru Besar bersama GPK Koku


Bagi pelajar Tahun Dua telah menyanyikan lagu "RASA SAYANG-SAYANG "









Program ini akan diteruskan sehingga 6 November 2014.Dikesempatan ini ,marilah kita memupuk semangat membaca dikalangan pelajar bagi meningkatkan lagi prestasi pembelajaran mereka.







TERIMA KASIH.JUMPA LAGI