welcome

BIRD

KATA-KATA HIKMAH

SELAGI ADA USAHA,KEJAYAAN PASTI DATANG.

.

MENU

Home | UTAMA | PROFIL SEKOLAH | TAKWIM 2015 | PENCAPAIAN SEKOLAH

Khamis, 4 September 2014

GOTONG- ROYONG PERDANA BERSAMA PELATIH PLKN

Pagi tadi telah berlangsungnya Gotong Royong Perdana di SK(T) Ladang Bukit Asahan pada 7 Julai 2014.
Para ibu bapa dan guru telah menghadiri gotong-royong pada tahun ini.Pihak Kem PLKN juga turut serta menjayakan program tersebut.Seramai hampir 20 orang ahli PLKN yg melaksanakan tugasan yang diberikan.
Gotong-royong telah dimulakan dengan ucapan oleh guru Besar, Puan P.Tavamani  dan diikuti dengan ucapan dari wakil guru.Program ini berlangsung sekitar jam 8.00 pagi dimana mereka semua berkumpul di tapak perhimpunan.



 Sebelum bermulanya program ini,Ibubapa telah dibahagikan tugas mengikut guru masing-masing. 



Antara aktiviti gotong-royong yang telah diadakan adalah mengecat tandas,mengemaskan bilik ICT, membersih sekitar kawasan sekolah, mengumpul barang kitar semula serta membersih dan menceriakan taman-taman.
Pihak sekolah serta PIBG ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir serta kepada semua guru dan ibu bapa yang telah menyumbang dari segi peralatan, pokok-pokok, makanan serta wang.



Semoga aktiviti ini telah merapatkan hubungan antara semua murid, ibu bapa dan guru.
























"Ringan Sama Dipikul, Berat Sama Dijinjing", berkat kerjasama guru-guru, murid-murid dan ibu bapa serta penjaga, semua tugasan dapat diselesaikan dengan jayanya. Di samping itu, program ini dilihat dapat mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara semua pihak yang terlibat supaya lebih saling kenal-mengenali dan bertegur-sapa antara satu sama lain. Melalui program ini, sokongan pihak luar dapat ditingkatkan lagi melalui aktiviti kemasyarakatan. Program ini berakhir pada jam 12.00 tengah hari.  Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

TERIMA KASIH.JUMPA LAGI